Thursday, 12 February 2015

MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS .(created by akil)

Assalamualaikum semua.baiklah..ingat lagi kepentingan ataupun keperluan mempelajari ilmu terjemahan?saya rasa kawan-kawan yang mengikuti blog ini pasti ingat.Baiklah ,pada kali ini kita akan membincangkan berkaitan tajuk MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS .

v  MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS .

Ø  Definisi

ü  Merujuk kepada rujukan yang khusus sama ada orang, haiwan, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, dan seumpamanya.
ü  Dalam tulisan bahasa Melayu (BM), huruf pertama ditulis dengan huruf besar.


Ø  Klasifikasi (Nik Safiah Karim 2004)

1)    KATA NAMA KHAS HIDUP -(manusia dan binatang)        
2)    KATA NAMA KHAS TAK HIDUP - Institusi, bangunan, negara
               

Ø  KLASIFIKASI

ü  Kategori KNK dalam bidang terjemahan boleh dikategorikan kepada pelbagai kumpulan mengikut kumpulan dan objektif sesuatu kajian.


Ø  Menterjemah Kata Nama Khas

Menterjemah KNK tidak harus dipandang mudah kerana:
ü  Mempunyai makna yang tersendiri.
ü  Terkandung sesuatu maklumat yang tidak dapat dilihat secara tersurat.
ü  Merujuk kepada fungsi dan makna tertentu – perlu difahami berdasarkan budayanya.
Contoh: Pak Pandir dalam BM dan Hatim al-Ta’i dalam bahasa Arab (BA).


o   Menterjemah Kata Nama Khas

          Perbezaan antara KNK dengan istilah budaya mengikut NEWMARK (1988): 
ü  Walaupun KNK dengan istilah budaya merujuk kepada orang, benda atau proses sesuatu komuniti etnik, KNK hanya mempunyai satu rujukan sahaja sedangkan istilah budaya merujuk kelas-kelas entiti.


Ø  Penterjemahan KNK – Nama Orang/Objek

          Menurut Newmark, secara teorinya nama orang atau objek berada di luar bahasa dan tidak mempunyai makna, maka ia tidak boleh diterjemahkan.
          Secara umumnya, nama orang tidak diterjemahkan, hanya dipindahkan ke bahasa sasaran.


Ø  Penterjemahan KNK – Nama Orang

          Kata nama khas (bahasa Arab) seperti علي (Ali), محمد (Muhammad), فاطمة (Fatimah) dan زينب (Zainab) tidak perlu diterjemahkan, tetapi ada dua perkara penting yang perlu diambil kira, iaitu:
ü  Menukarkan huruf Arab kepada huruf Rumi.
ü  Memulakan setiap perkataan dengan huruf besar.
          Sekiranya kata nama khas itu ada padanannya dalam bahasa asing, seperti bahasa Inggeris, penterjemah perlu tahu memilih padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu.
          Contohnya:
ü  الإسكندر الأكبر     (BA) - Alexander The Great (BI) dan Iskandar Yang Agung (BM);
داود  (BA) - David (BI) dan Daud (BM)
          Kata nama khas yang mempunyai makna tidak boleh diterjemahkan sama sekali. Kalau penterjemah melakukan juga, bermakna dia telah melakukan kesalahan yang berat.
          Contoh: Longman (BI) menjadi لونجمان (BA) bukannya رجل طويل dan Longman (BM).
          Masjid Tanah (BM) menjadi مسجد تانه (BA) bukannya مسجد الأرض dan Masjid Tanah (BI)
Pasir Puteh (BM) menjadi
باسير بوتيه (BA) bukannya الرمل الأبيض dan Pasir Puteh (BI)


Ø  NAMA NEGARA, BANDAR, TEMPAT

          Mengekalkan nama bahasa sumber (tanpa perubahan atau perubahan seperti ejaan, atau dengan keterangan tambahan).
          Menggantikan nama dalam bahasa sumber dengan padanan budaya yang memang wujud dalam bahasa sasaran.
          Dipindahkan secara pinjam terjemah atau pinjam campuran.
ü  Middle East: Asia Barat
ü  Silk Route: Laluan Sutera
ü  Atlantik Sea: Laut Atlantik
ü  Guantanamo Bay: Teluk Guantanamo
ü  Swat Valley: Lembah Swat
          Contoh: Sesetengah tempat & bandar dalam BA ditulis dalam bahasa asing seperti BI dengan kata nama yang huruf Latinnya berbeza sama sekali dengan pedoman huruf Arab yang asal.
          Kata nama tersebut harus digunakan oleh penterjemah kerana ia sudah digunakan sejak dahulu lagi.
          Contoh: al-Qahirah (BA)- Cairo (BI) – Kaherah (BM)
          al-Iskandariyah (BA) - Alexandaria (BI) - Iskandariah (BM); al-Jaza'ir (BA) - Algeria (BI & BM). 
          Penterjemah bolehlah menggunakan kata nama yang telah sedia ada.
          Kata nama tempat dalam bahasa asing boleh disebut dan ditulis secara luwes, sama ada mengikut perkataan Inggeris ataupun mengikut perkataan Arabnya yang asal.
          Secara umumnya kata nama tempat dalam bahasa Arab hendaklah ditransliterasikan untuk mencari padanan terjemahannya dalam bahasa Melayu.
          Nama bandar dan tempat yang dimulakan dengan kata sandang al seperti al-Qahirah, al-`Iraq dan al-Jaza'ir perlulah ditransliterasikan sahaja. Dan perkataan selepas al hendaklah dimulakan dengan huruf besar.
          Ataupun terjemah/padankan nama tempat/bandar itu dengan perkataan yang telah sedia ada seperti al-Urdun dipadankan dengan Jordan.


Ø  NAMA INSTITUSI/ORGANISASI

          Diterjemahkan menggunakan kaedah pinjaman terjemahan, di samping menggunakan akronim/mengekalkan akronim asal/rasmi yang digunakan.
          Di samping kaedah pinjaman terjemahan, ada juga nama institusi yang dipinjam terus daripada teks sumber ke dalam bahasa sasaran (tidak diterjemahkan).


Ø  NAMA JAWATAN/GELARAN

          Diterjemahkan mengikut kaedah pinjaman atau pinjam terjemah.
          Memasukkan maklumat tambahan bagi nama-nama jawatan/gelaran yang tidak dapat dikenali untuk membantu pembaca memahami maksud nama tersebut.


Ø  NAMA JUDUL/PERISTIWA

          Lazimnya akan dikekalkan
          Bagi nama peristiwa/acara:
ü  Ada yang dikekalkan dalam teks sasaran.
ü  Ada yang diterjemahkan secara literal/pinjaman campuran.


KESIMPULAN

          Terdapat 3 strategi khas dalam penterjemahan KNK, iaitu:
ü  Mengekalkan kata nama asal (TIDAK DITERJEMAHKAN).
ü  Menggantikan kata nama asal dengan kata lain (DITERJEMAHKAN MENGGUNAKAN TEKNIK PINJAMAN TERJEMAHAN, PINJAMAN CAMPURAN DLL).
ü  Menggugurkan terus kata nama itu.

Secara ringkasnya,bukan mudah menjadi seorang penterjemah yang hebat..kena faham betul-betul cara terjemahan tu..tapi jangan lupa satu pepatah..bukan senang nak jadi senang,bukan susah nak jadi susah..fikir-fikirkan..wassalam


(created by akil)

1 comment:

  1. ada kata nama lain tak seperti kata nama am / tempat

    ReplyDelete