Wednesday, 11 February 2015

KELAYAKAN MENTERJEMAH(Created by amri)

Assalaam alaikum.
ALHAMADULILLAH RABBIL A’ALAMIN.Bersyukur kita kehadhirat ilahi kerana dengan limpah kurnia serta inayahNya dapat dipertemukan dalam nikmat iman dan islam ..Alhamdulillah.Terima kasih kerana sudi melawati blog ini secara istikhomah..Dari satu topik ke satu topik yang lain.Baiklah…Pada kali ini ,kita akan teruskan perbincangan kita berkenaan tajuk Kelayakan Menterjemah..Bukan senang nk jadi penterjemah..kalau betul anda hebat..cuba baca maklumat di bawah..ada berani??hehe

v  KELAYAKAN MENTERJEMAH

Pendapat Yang Salah!
“Hanya dengan mengetahui dua bahasa, seseorang itu sudah boleh menjadi penterjemah yang baik”.

Ø  SYARAT UTAMA
ü  Mengetahui bahasa sumber
ü  Mengetahui bahasa sasaran

ü  Mengetahui topik/subjek yang akan diterjemahkan
ü  Mengetahui teori terjemahan
ü  Mengetahui sasaran/khalayak pembaca

Ø  Mengetahui Bahasa Sumber
ü  Mendalam
ü  Selok-belok keganjilan & keistimewaan bsum.
ü  Membezakan makna
ü  Mentafsirkan maksudnya dengan tepat

Ø  Mengetahui Bahasa Sasaran
ü  Bahasa penerima
ü  Lebih baik drp bahasa sumber
ü  Sama baik dengan bahasa sumber

Ø  Mengetahui Bidang / Subjek
ü  Menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan.
ü  Penting dalam penterjemahan teks-teks khusus.
ü  Penting dalam penterjemahan teks-teks sastera.

Ø  Mengetahui Teori Terjemahan
ü  Ada teori & kaedah ilmiahnya sendiri.
ü  Bukan pindahkan perkataan sahaja, tetapi  memindahkan idea, maklumat dan gaya.
ü  Perlu bantuan ilmu pengetahuan secukupnya dalam bidang teori dan kaedah terjemahan.

Ø  Mengetahui Sasaran Pembaca
ü  Terjemahan perlu sesuai dengan pembaca sasaran.
ü  Laras bahasa perlu dijaga.
ü  Cth: Kalau sasarannya ialah kanak-kanak, maka laras bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan kanak-kanak tersebut.

Ø  Syarat Tambahan
  • Mempunyai fikiran yang terbuka
  • Ingatan yang baik
  • Minat yang mendalam
  • Boleh bekerja sendiri
  • Tidak malu bertanya
  • Jujur dan amanah
Ø  Syarat Lain
  • PENGALAMAN:
        Aset yang bernilai
        Tidak datang bergolek
        Diperoleh daripada ilmu dan latihan penterjemahan yang berpanjangan.
        Boleh manfaatkan pengalaman orang lain, perlu mencari pengalaman sendiri.
        Perlu membuka langkah mencari arah tujuannya sendiri,
        perlu tahu bilakah pengetahuannya sudah mencukupi,
        bila dia perlu mandapat nasihat dan pandangan orang lain,
        bila dia perlu mendapat sokongan pakar,
        bila dia perlu menyerah kalah.

Ø  FAKTOR  YANG MEMPENGARUHI PENTERJEMAH
Pengaruh sifat peribadi penterjemah ke atas dirinya sendiri.
Perasaan, prasangka, nilai, selera & sikap tertentu.
Penterjemah terbelenggu oleh pandangan yang subjektif terhadap pengarang & teks yang sedang diterjemahkan.

Ø  MASALAH PERIBADI
Tidak  objektif terhadap  maklumat dalam teks asal.
Tidak memahami ciri-ciri alamiah bahasa.
Anggapan yang salah berkenaan tugas-tugas penterjemah dan matlamat terjemahan.
Terlalu yakin kepada bahasa sendiri.
Keinginan untuk mengekalkan misteri sesuatu bahasa.
Tidak memahami proses komunikai bahasa.

KESIMPULAN
Tugas menterjemah bukanlah tugas yang mudah.
Penterjemah perlu melengkapkan diri dengan pelbagai syarat dan kebolehan sebelum berupaya menterjemah sesebuah teks dengan baik.
           
Walaupun semua syarat ini tidak mungkin dapat dipenuhi. semua ini boleh dicapai andainya penterjemah rajin berusaha, rajin belajar & berlatih.Siapa Usaha Pasti Akan Berjaya..



(Created by amri)

No comments:

Post a Comment