Thursday, 12 February 2015

KATA HUKAMAK TENTANG PENTINGNYA MENGETAHUI BAHASA ARAB







disediakan oleh:
Abdul Rahman Abdul Rani




 

MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS .(created by akil)

Assalamualaikum semua.baiklah..ingat lagi kepentingan ataupun keperluan mempelajari ilmu terjemahan?saya rasa kawan-kawan yang mengikuti blog ini pasti ingat.Baiklah ,pada kali ini kita akan membincangkan berkaitan tajuk MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS .

v  MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS .

Ø  Definisi

ü  Merujuk kepada rujukan yang khusus sama ada orang, haiwan, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, dan seumpamanya.
ü  Dalam tulisan bahasa Melayu (BM), huruf pertama ditulis dengan huruf besar.


Ø  Klasifikasi (Nik Safiah Karim 2004)

1)    KATA NAMA KHAS HIDUP -(manusia dan binatang)        
2)    KATA NAMA KHAS TAK HIDUP - Institusi, bangunan, negara
               

Ø  KLASIFIKASI

ü  Kategori KNK dalam bidang terjemahan boleh dikategorikan kepada pelbagai kumpulan mengikut kumpulan dan objektif sesuatu kajian.


Ø  Menterjemah Kata Nama Khas

Menterjemah KNK tidak harus dipandang mudah kerana:
ü  Mempunyai makna yang tersendiri.
ü  Terkandung sesuatu maklumat yang tidak dapat dilihat secara tersurat.
ü  Merujuk kepada fungsi dan makna tertentu – perlu difahami berdasarkan budayanya.
Contoh: Pak Pandir dalam BM dan Hatim al-Ta’i dalam bahasa Arab (BA).


o   Menterjemah Kata Nama Khas

›          Perbezaan antara KNK dengan istilah budaya mengikut NEWMARK (1988): 
ü  Walaupun KNK dengan istilah budaya merujuk kepada orang, benda atau proses sesuatu komuniti etnik, KNK hanya mempunyai satu rujukan sahaja sedangkan istilah budaya merujuk kelas-kelas entiti.


Ø  Penterjemahan KNK – Nama Orang/Objek

›          Menurut Newmark, secara teorinya nama orang atau objek berada di luar bahasa dan tidak mempunyai makna, maka ia tidak boleh diterjemahkan.
›          Secara umumnya, nama orang tidak diterjemahkan, hanya dipindahkan ke bahasa sasaran.


Ø  Penterjemahan KNK – Nama Orang

›          Kata nama khas (bahasa Arab) seperti علي (Ali), محمد (Muhammad), فاطمة (Fatimah) dan زينب (Zainab) tidak perlu diterjemahkan, tetapi ada dua perkara penting yang perlu diambil kira, iaitu:
ü  Menukarkan huruf Arab kepada huruf Rumi.
ü  Memulakan setiap perkataan dengan huruf besar.
›          Sekiranya kata nama khas itu ada padanannya dalam bahasa asing, seperti bahasa Inggeris, penterjemah perlu tahu memilih padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu.
›          Contohnya:
ü  الإسكندر الأكبر     (BA) - Alexander The Great (BI) dan Iskandar Yang Agung (BM);
داود  (BA) - David (BI) dan Daud (BM)
›          Kata nama khas yang mempunyai makna tidak boleh diterjemahkan sama sekali. Kalau penterjemah melakukan juga, bermakna dia telah melakukan kesalahan yang berat.
›          Contoh: Longman (BI) menjadi لونجمان (BA) bukannya رجل طويل dan Longman (BM).
›          Masjid Tanah (BM) menjadi مسجد تانه (BA) bukannya مسجد الأرض dan Masjid Tanah (BI)
Pasir Puteh (BM) menjadi
باسير بوتيه (BA) bukannya الرمل الأبيض dan Pasir Puteh (BI)


Ø  NAMA NEGARA, BANDAR, TEMPAT

›          Mengekalkan nama bahasa sumber (tanpa perubahan atau perubahan seperti ejaan, atau dengan keterangan tambahan).
›          Menggantikan nama dalam bahasa sumber dengan padanan budaya yang memang wujud dalam bahasa sasaran.
›          Dipindahkan secara pinjam terjemah atau pinjam campuran.
ü  Middle East: Asia Barat
ü  Silk Route: Laluan Sutera
ü  Atlantik Sea: Laut Atlantik
ü  Guantanamo Bay: Teluk Guantanamo
ü  Swat Valley: Lembah Swat
›          Contoh: Sesetengah tempat & bandar dalam BA ditulis dalam bahasa asing seperti BI dengan kata nama yang huruf Latinnya berbeza sama sekali dengan pedoman huruf Arab yang asal.
›          Kata nama tersebut harus digunakan oleh penterjemah kerana ia sudah digunakan sejak dahulu lagi.
›          Contoh: al-Qahirah (BA)- Cairo (BI) – Kaherah (BM)
›          al-Iskandariyah (BA) - Alexandaria (BI) - Iskandariah (BM); al-Jaza'ir (BA) - Algeria (BI & BM). 
›          Penterjemah bolehlah menggunakan kata nama yang telah sedia ada.
›          Kata nama tempat dalam bahasa asing boleh disebut dan ditulis secara luwes, sama ada mengikut perkataan Inggeris ataupun mengikut perkataan Arabnya yang asal.
›          Secara umumnya kata nama tempat dalam bahasa Arab hendaklah ditransliterasikan untuk mencari padanan terjemahannya dalam bahasa Melayu.
›          Nama bandar dan tempat yang dimulakan dengan kata sandang al seperti al-Qahirah, al-`Iraq dan al-Jaza'ir perlulah ditransliterasikan sahaja. Dan perkataan selepas al hendaklah dimulakan dengan huruf besar.
›          Ataupun terjemah/padankan nama tempat/bandar itu dengan perkataan yang telah sedia ada seperti al-Urdun dipadankan dengan Jordan.


Ø  NAMA INSTITUSI/ORGANISASI

›          Diterjemahkan menggunakan kaedah pinjaman terjemahan, di samping menggunakan akronim/mengekalkan akronim asal/rasmi yang digunakan.
›          Di samping kaedah pinjaman terjemahan, ada juga nama institusi yang dipinjam terus daripada teks sumber ke dalam bahasa sasaran (tidak diterjemahkan).


Ø  NAMA JAWATAN/GELARAN

›          Diterjemahkan mengikut kaedah pinjaman atau pinjam terjemah.
›          Memasukkan maklumat tambahan bagi nama-nama jawatan/gelaran yang tidak dapat dikenali untuk membantu pembaca memahami maksud nama tersebut.


Ø  NAMA JUDUL/PERISTIWA

›          Lazimnya akan dikekalkan
›          Bagi nama peristiwa/acara:
ü  Ada yang dikekalkan dalam teks sasaran.
ü  Ada yang diterjemahkan secara literal/pinjaman campuran.


KESIMPULAN

›          Terdapat 3 strategi khas dalam penterjemahan KNK, iaitu:
ü  Mengekalkan kata nama asal (TIDAK DITERJEMAHKAN).
ü  Menggantikan kata nama asal dengan kata lain (DITERJEMAHKAN MENGGUNAKAN TEKNIK PINJAMAN TERJEMAHAN, PINJAMAN CAMPURAN DLL).
ü  Menggugurkan terus kata nama itu.

Secara ringkasnya,bukan mudah menjadi seorang penterjemah yang hebat..kena faham betul-betul cara terjemahan tu..tapi jangan lupa satu pepatah..bukan senang nak jadi senang,bukan susah nak jadi susah..fikir-fikirkan..wassalam


(created by akil)

FRASA ATAU TARKIB (created by akil)

Assalamualaikum.segala puji bagi ALLAH yang telah mengurniakan kita dengan nikmat iman dan islam..AlhamduliLLAH..baiklah.pada kali ini kita akan berbincang mengenai tajuk yang tidak kurang pentingnya yang perlu difamai seorang penterjemah .Iaitu FRASA ATAU TARKIB dalam bahasa arabnya.Mari kita lihat dengan lebih lanjut :-

v  DEFINISI FRASA


Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih (Nik Safiah Karim et al 1996: 416)

Contoh Frasa
  1. Burung merpati terbang melayang.
  2. Anak kecil itu sedang bermain.
  3. Fatimah mengahwini anak Pak Haji Husin.
  4. Polis memburu penjenayah di hutan rimba itu.
  5. Di dalam gua itu tersimpan harta karun.

v  JENIS FRASA / TARKIB

Dalam bahasa Arab dipanggil al-`ibarah, ataupun al-tarkib.
مجموع كلمتين أو أكثر بينها صلة نحوية تُكَوِّن دلالةً ناقصة ، وتؤلّف أحد أجزاء الكلام ، وذلك كالفاعل أو المبتدأ إلخ . مثال ذلك : نظام المدرسة في قولنا نظام المدرسة ضروري لحُسْن سَيْر العمل فيها .


v  TARKIB WASFI (SIFAH WA MAWSUF)

Contoh 1: السلطان التقليدي
Terjemahan: kekuasaan tradisional
Contoh 2: البيت الكبير
Terjemahan: rumah (yang) besar
Contoh 3: اللغة العربية
Terjemahan: Bahasa Arab
Kaedah terjemahan: boleh ditambah perkataan yang atau digugurkan sahaja.
Sekiranya dalam tarkib wasfi itu, terdapat lebih daripada satu sifat, maka perkataan dan atau lagi boleh ditambah.
Contoh 1: عدل كامل شامل
Terjemahannya: keadilan yang sempurna dan / lagi menyeluruh.
Contoh 2:الله الملك الحق
Terjemahannya: Allah yang Maha Berkuasa lagi / dan Maha Benar.
Kata dan atau lagi tidak perlu ditambah, kalau kata benda dan kata sifat yang pertama didapati tidak mempunyai hubungan sebagai benda (yang disifati) dan hal yang mensifati. Sebagai contoh:
Contoh 3: نظام اخلاقي نظيف
Terjemahannya: sistem etika yang bersih
Contoh 4:النظريات السياسية المختلفة
Terjemahannya: teori-teori politik yang pelbagai
Contoh 5:المجتمعات الإسلامية العادلة
Terjemahannya: masyarakat Islam yang adil
Contoh-contoh tadi mewakili na`at hakiki, manakala na`at sababi pula boleh dilihat dalam contoh-contoh berikut:
Contoh 1: جاء الرجل الفاضل أبوه
Terjemahannya: Seorang lelaki yang ayahnya mulia telah datang
Contoh 2: رأيت هندا الثاقب فكرها
Terjemahannya: Saya melihat Hindun yang berfikiran cerdas / cerdas fikirannya.


v  TARKIB IDAFI (MUDAF WA MUDAF ILAYH)

Contoh 1: وعي المسلمين
Terjemahan: kesedaran umat Islam
Contoh 2: مراجعة النفس
Terjemahan: muhasabah diri
Contoh 3:استعمال الكلمة
Terjemahan: penggunaan perkataan
Kaedah Penterjemahan: boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagaimana susunan kata bahasa Arabnya, tanpa penambahan atau perubahan apapun.


v  ‘ATAF DAN MA’TUF ‘ALAYH
Frasa ini dapat difahami sebagai golongan dua kata (atau lebih) secara sejajar, dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Tidak ada masalah besar apabila menterjemahkan tarkib ini. Lihat contoh:
Contoh 1: هذه الحركة تحس للدعوة الصهيونية والاستعمارية .
Terjemahannya: Gerakan ini mengobarkan propaganda Zionisme dan imperialisme.
Contoh 2:فرّ العدوّ حتى القائد
Terjemahan: Musuh itu telah melarikan diri, bahkan (termasuklah) panglimanya.
Contoh 3:نقل الخبر محمد أو علي
Terjemahan: Muhammad atau Ali yang menyampaikan berita itu
Contoh 4:جاء المستعمرون ثم المستشرقون
Terjemahan: Para penjajah telah datang, kemudian datang pula para orientalis.
Sekiranya kata hubung yang digunakan lebih daripada satu, maka dalam terjemahan, kata hubung yang terakhir sahaja perlu diterjemahkan. Kata hubung yang sebelumnya boleh dipadankan dengan koma sahaja. Lihat contoh:
Contoh 1:وأقدّم الشكر لأصدقائي محمد وعلي وعمر
Terjemahannya:  Saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabatku; Muhammad, Ali dan Umar.
Contoh 2:ستحدث في جزيرة العرب الثورة القومية أو المحلية أو المحلية الخاصة .
Terjemahan: Revolusi Nasional, revolusi dalaman atau revolusi dalaman khusus akan berlaku di Semenanjung Tanah Arab.
Contoh 3:في يومنا الآن من المهم أن نفهم الكثير من الأفكار الفلسفية والاجتماعية والسياسية .
Terjemahan:Pada masa sekarang, kita perlu memahami pelbagai pemikiran; falsafah, sosial dan politik.


v  BADAL WA MUBDAL MINHU

Contoh dalam bahasa Melayu: Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman merupakan perdana menteri contoh yang digelar bapa kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman adalah badal.
Cara menterjemahkan badal boleh dilihat dalam contoh-contoh berikut:
Contoh 1:سافر عميد الكلية الدراسات الاسلامية الأستاذ الدكتورمحمد نصران محمد إلى سنغافورة .
Terjemahannya:  Dekan Fakulti Pengajian Islam (yakni), Prof. Dr.  Mohd Nasran Mohamad telah pergi ke Singapura.
Contoh 2: طبع الكتاب جزؤه الأول
Terjemahannya: Jilid pertama buku itu telah dicetak. (badal sebahagian)
Contoh 3:سرّني الشارع نظافته
Terjemahannya: Kebersihan jalan itu membuatku gembira.


v  TAUKID

Kata yang digunakan untuk menghilangkan keraguan orang yang diajak berbicara, atau untuk menguatkan maksud. Ada 5 kata yang sering digunakan, iaitu نفس , عين  ,كل  , جميع dan عامة.
Kata  نفس وعينditerjemahkan kepada sendiri,    كل diterjemahkan kepada masing-masing, جميع وعامة diterjemahkan kepada keseluruhannya/kesemuanya. Lihat contoh: 
Contoh 1:ألقى عميد كلية الأداب نفسه مقالته
Terjemahannya: Dekan Fakulti Sastera sendiri menyampaikan ucapannya.
Contoh 2:الأمة الإسلامية جميعها قلب واحد
Terjemahannya:Umat Islam seluruhnya bersatu hati.
Contoh 3:كان أسلافنا عامتهم يتحدثون عن مفهوم دار الإسلام
Terjemahannya: Majoriti ulama kita dahulu pernah membincangkan konsep Dar al-Islam.


v  FRASA IDIOMATIK

Dipanggil al-`ibarah al-istilahiyyah dalam bahasa Arab.
طريقة خاصة في التعبير مُؤَدَّاها ؛ تأليف كلمات في عبارة تتميز بها لغة دون غيرها من اللغات . مثال ذلك: بالرَفاء والبنين في التهنئة بزواج (معجم المصطلحات العربية في اللغة والأدب 1984 : 243)
Terbina daripada paduan dua perkataan atau lebih dan mangandungi makna khusus yang tidak mungkin boleh disimpulkan daripada makna perkataan-perkataan yang membentuknya dan kerana itulah dikatakan bahawa frasa-frasa ini tidak telus (Yu'il Yusuf ،Aziz et. al 1981: 43;
Dari segi binaan, frasa idiomatik Arab terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:
Frasa kata kerja, seperti أَطلق ساقَيْهِِ لِلرِّيح dengan maknaجَرَى وهَرَبَ  (lari / melarikan diri).
Frasa nama, seperti خَفِيف الظِّلّ dengan makna ظَرِيف مَرِح (riang / ceria).
Frasa sendi, seperti بِرُمَّتِه  dengan makna كُلِّه وجَميعه  (semua sekali) (Mahmud Isma،il Sini et. al 1996: ط)  
Contoh lain:
frasa  رَغِبَ عَنْ  (tidak suka, tidak gemar, benci) dan رَغِبَ فِي  (gemar, suka).
Tidak boleh diterjemahkan secara katawi
Ia akan memberikan satu bentuk terjemahan yang bukan sahaja janggal pada pendengaran orang Melayu, bahkan tidak boleh diterima sama sekali.
Makna umum  عن ialah dari dan daripada, manakala maknaفي  ialah di, di dalam, dalam dan pada.
Jika diterjemahkan secara katawi , akan terhasillah terjemahan seperti suka daripada dan suka dalam.
Terjemahan ini janggal sama sekali dan tidak boleh diterima.
Contoh lain: أخذَ بِيَد (فلان)  dengan makna أعانه وساعَده  (membantu dan menolongnya), (فلان) طويل اللسان  dengan makna بذيء وفاحش في القول  (kasar dan buruk kata-kata) dan وَضَعَهُ على الرَفِّ  dengan makna أَهْمَلَهُ وتَرَكَهُ  (mengabaikannya).
Dalam bukunya al-Amthal al-،Arabiyyah, ،Abd al-Majid Qatamisy (1988/1402: 11) menjelaskan bahawa al-mathal ialah:


v  PERIBAHASA ARAB

قول موجز سائر، صائب المعنى، تشبه به حالة حادثة بحالة سالفة. (kata-kata yang ringkas padat yang meniti di bibir, betul maknanya, dan keadaan semasa menyerupai keadaan dahulu).
 Ia terbahagi kepada tiga jenis, iaitu
– 1.AL-MATHAL AL-MUJAZ
(peribahasa ringkas), السرّ أمانة, النساء حبائل الشيطان dan الحرب غشوم (،Abd al-Majid Qatamisy (1988/1402: 28).

– 2. Al-Mathal al-qiyasiy:
Iaitu cerita atau kesah yang selalu disebut untuk menerangkan sesuatu perkara, atau untuk menjadi bukti kepada sesuatu perkara, dibuat melalui perbandingan atau perumpamaan yang biasanya didasarkan kepada perbandingan dan qiyas.
Contoh Al-mathal al-qiyasi:
إن من البيان لسحرا  , إيَّاكُم وخضراء الدِّمَن , لا يُلْدغ المؤمنُ من جُحْرٍ مَرّّتَيْن , الكلمة الطيبة صدقة  , التائب من الذنب كمن لا ذنب له  , إذا لم تستح فاصنع ما شئت  , اليد العليا خير من اليد السفلى

– 3. Al-Mathal Al-Khurafiy,
Iaitu mathal atau peribahasa yang dibina oleh bangsa Arab mengikut bahasa binatang, atau ia dibina berdasarkan cerita-cerita khurafat yang tersebar luas di sekeliling mereka.

v  PERIBAHASA MELAYU

Peribahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis, iaitu perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan dan pepatah (Ab. Rahman Ab. Rashid et. al 2000: 69).


– PERUMPAMAAN

Perumpamaan ialah perbandingan makna yang sangat jelas dan terang. Biasanya ia didahului oleh kata pembanding seperti bagai, laksana, umpama, bak, ibarat, macam, seperti, seolah-olah, dan seakan-akan
Contoh Perumpamaan
Bagai: Bagai ubur-ubur airnya hitam (daripada tingkahlaku dan bahasanya, kita tahu orang itu jahat).
Laksana: Laksana golok kayu (ditetak tak makan, dijual tak laku). Perbandingan ini dibuat untuk menerangkan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.
Umpama: Umpama enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing (tidak semuafakat; mementingkan diri sendiri)
Bak: Bak birah dengan keladi (Hampir serupa sahaja)
Ibarat: Ibarat mencangkul angin  (angan-angan yang tidak diserta usaha)
Macam: Macam kapal tiga tiang (Rupawan dan anggun).
Seperti: Seperti ikan dalam belanga (Keuntungan yang tidak akan terlepas lagi).


– SIMPULAN BAHASA

Simpulan bahasa: ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada  makna asal yang dibawa oleh perkataan-perkataan tersebut.
Contoh simpulan bahasa ialah seperti makan gaji, bulan madu, kambing keramat (orang yang ditakuti dan bebas melakukan sesuatu sekehendak hatinya), senyum kambing dan sebagainya.


– BIDALAN

Bidalan: peribahasa yang dicipta untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar.
Contohnya:
Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya (kerja yang sudah dimulakan hendaklah diselesaikan)
Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh (jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar bodoh asal suka bertanya, pasti akan berjaya) (Ainon Mohd & Abdullah Hassan 2003: 5).
–

PEPATAH

Pepatah/perbilangan : ungkapan yang berasal-usul daripada pusaka adat resam. Maknanya tidak berubah-ubah dan berfungsi sebagai pedoman hidup. Ia memliki ciri-ciri puisi tradisional Melayu.
Contohnya:
Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai berkabur urai (jimat cermat ialah tangga kejayaan, murah hati ialah tangga tuah).
 Contoh Pepatah
Pada sangka pohon beringin, kiranya tersandar di punggur lapuk (menyangka dapat berkahwin dengan orang kaya, rupa-rupanya miskin).
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni (bekerjasama dan tolong-menolong dalam semua pekerjaan, baik senang mahupun susah) (Ainon Mohd & Abdullah Hassan 2003: 4).


v  TEKNIK MENTERJEMAH PERIBAHASA

1. Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran.
Contoh:
 جزاه جَزَاءَ سِنِمَّارditerjemahkan kepada susu dibalas tuba.
 قَبْلَ الرَّمْيِ يُراشُ السَّهْمُ  diterjemahkan kepada sediakan payung sebelum hujan.

2. Menggunakan teknik pinjam terjemah.
Contoh:
 ماءُ الوجه  diterjemahkan terus kepada air muka.
 عَيْنُ القلبِ diterjemahkan kepada mata hati
 شهر العسل  diterjemahkan kepada bulan madu.
حرب باردة  diterjemahkan kepada perang dingin.
دودةُ الكتبِ  diterjemahkan kepada ulat buku.

3. Teknik memperjelas makna.
Contoh:
Sweetheart diperjelas menjadi kekasih diterjemahkan kepada حبيب/حبيبة
Airline diperjelas menjadi syarikat penerbangan yang dalam bahsa Arabnya dipanggilشركة خطوط جوّية/هوائية

4. Proses gantian peribahasa (ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif).
Contoh:
 هديّة تذكارية  diterjemahkan kepada tanda mata / cendera hati.
  حيض diterjemahkan kepada haid / datang bulan.

Langkah seterusnya..

Untuk menghindarkan kesalahan terjemah:

1. Bertanya terus kepada penutur asli bahasa sumber.
2. bertanya kepada orang yang pernah tinggal dan bergaul dengan masyarakat sumber.
3.Gunakan kamus
Kamus yang boleh membantu :

عبد المجيد عابدين . 1956؟. الأمثال في النثر العربي القديم . القاهرة: دار مصر للطباعة .
محمد علي أبو حمادة . 1404/1984. الأمثال العامية الفلسطينية . د.م : مكتبة المحتسب .
الشيخ أبراهيم بن السيد علي الأحدب الطرابلوسي الحنفي . د. ت.  فرائد اللاعال في مجمع الأمثال. د. م : د . ن .
علي أكبر دخدا . 1363هـ . امثال حكم . نـ 1-4 . طهران : شافخانا يي سيفهر

 (created by akil)