Wednesday, 11 February 2015

ASPEK MAKNA IMBUHAN( Created by akil)

Assalamualaikum semua.baiklah..ingat lagi kepentingan ataupun keperluan mempelajari ilmu terjemahan?saya rasa kawan-kawan yang mengikuti blog ini pasti ingat.Allah amat sayangkan kita sebagai hambanya.jadi bagi memenuhi fitrah manusia sebagai makhluk sosial Allah membekalkan kita dengan akal fikiran yang mampu mempelajari walaupun beratus-ratus bahasa didunia agar kita saling mengenali.Ok..dah cukup dengan imbasan tajuk lepas..pada kali ini kita akan membincangkan berkaitan tajuk ASPEK MAKNA IMBUHAN.macam bessstjer..hehe.mari kita lihat intronya..

v  ASPEK MAKNA IMBUHAN

*      BENTUK I ( فَعَّلَ)
Ø  Memberi pengertian intensif / ekstensif ( كَسَرَ) memecahkan, menjadi ( كَسَّر ) menghancur-leburkan (berkali-kali).
Ø  Memberi pengertian kausatif /penyebab atau menjadikan sesuatu kenyataan, Cth:  ( عَلِمَ ) (mengetahui), menjadi ( عَلَّمَ) mengajar atau menyebabkan seseorang mengetahui.
Ø  Menukarkan kata kerja tak transitif menjadi transitif . Contohnya: ( فَرِحَ ) (bergembira), menjadi  (فَرَّحَ ) menggembirakan.
Ø  Memberi makna pernyataan atau anggapan. Misalnya: (كَذبَ  ) (berdusta ) menjadi (كذَّب ) menganggap atau menjadikan seseorang itu pendusta.
Ø  Selalu juga berbentuk namaan/denominatif. Misalnya: ( خيمة)(khemah)  menjadi (خيَّمَ ) (memasang khemah).

*      BENTUK II ( فَاعَلَ )
Ø  Percubaan melakukan sesuatu kepada seseorang & menunjukkan hal timbal balik di antara kedua-dua belah pihak. Contohnya: ( قَتَلَه ) Dia membunuhnya, menjadi  ( قَاتَلَه ) Dia mencuba membunuhnya? Dia berkelahi dengannya.
Ø  Menunjukkan makna hal timbal balik dan menukar objek/maf`ul bih dari tak langsung menjadi langsung. Misalnya:  ( كتبَ إلى الملكِ ) Dia menulis surat kepada raja itu, menjadi (         كَاتب الملكَ ) Dia menyurati raja itu ? Dia mengirimi raja itu (sepucuk / beberapa pucuk surat).
Ø  Menunjukkan bahawa si pelaku menggunakan sesuatu keadaan atau sifat kepada org lain & mendatangkan kesan kepadanya, atau membawakan orang kedua ke dalam suasana berkenaan. Ex: ( خَشُنَ) (dia [menjadi/adalah] kasar) menjadi (خَاشَنَه ) dia melayannya dengan kasar.
Ø  Adakalanya dominatif. Ex: ( ضِعْفٌ) ganda, menjadi ( ضَاعفَ) menggandakan; ( قبلَ) sebelum, di depan, menjadi ( قَابَلَ) mengadap atau berhadapan, atau membandingkan sesuatu dengan yang lain, atau menemuramah.

*      BENTUK III ( أفعل)
Ø  Memberi maksud kausatif / faktitif. Ex: (  جلس) Dia duduk, menjadi (أجلس ) menyebabkan/menjadikan seseorg duduk; ( أكل الخبزَ ) dia makan roti, menjadi (آكله الخبزَ ) dia memberikan roti itu agar dimakan).
Ø   Deklaratif atau estimatif, spt bentuk II. Ex: ( أبخله ) dia menganggap/mendapatinya kedekut; ( أحمده ) dia mandapatinya (org/benda) patut dipuji; (أجبنه ) dia menganggap atau mendapatinya pengecut.
Ø  Bermaksud denominatif. Ex:  (ثمرٌ ) buah, menjadi ( أثمرَ) berbuah; ( مطرٌ) hujan, menjadi ( أمطر) memberi/menghasilkan hujan; ( ذنبٌ) dosa, menjadi ( أذنبَ ) melakukan dosa.
Ø  Beberapa denominatif menunjukkan makna tertentu. Bergerak ke suatu tempat. Ex: ( قدحٌ) kedah menajdi ( أقدح) pergi ke Kedah.
Ø  Memasuki sesuatu periode dlm satu-satu jangka masa. Ex: (صباح ) waktu pagi, menjadi (أصبح ) melakukan sesuatu/berada pada waktu subuh.
Ø  Menjadikan benda dlm sesuatu keadaan atau sifat/mendpt sesuatu/menjadi sesuatu. Ex: (قَفْرٌ ) padang/tempat luas tak terpelihara,  menjadi (أقفر ) menjadi padang.

*      BENTUK IV ( تَفَعَّلَ )
Ø  Menjadi refleksif kepada bentuk II. Menerangkan keadaan sesuatu objek sebagai hasil/kesan daripada tindakan dlm kata kerja bentuk I. Ex: ( كَسَّرَ) memecahkan [berkepng-keping], menjadi  (تَكَسَّرَ ) menjaci pecah [berkeping-keping].
          PENGERTIAN UTK BENTUK IV INI TIDAKLAH REFLEKSIF SGT, KHASNYA KK YG MEMPENGARUHI AKUSATIF
Ex: (تتَبَّعَ ) mengikuti [peringkat demi peringkat], (تَعَرَّفَ ) mencuba memahami
          BOLEH MENJADI PASIF DARI SEGI MAKNANYA
Ex: (تَغَيَّرَ ) berubah
          MENGANDUNGI MAKNA DENOMINATIF
Ex: (تَعَرَّبَ ) menganggap diri sebagai orang Arab, ( تَنَصَّرَ) menjadi seorang Nasrani/Kristian.
          SERING MENUNJUKKAN KESAN
Ex: ( عَلِمَ) mengetahui, ( عَلَّمَ) mengajar, ( تَعَلَّمَ) menjadi terpelajar/belajar/mempelajari
          MENJADI KK TAK TRANSITIF
Ex: (طَوَّرَ ) mengembangkan/memajukan sesuatu, menjadi (تَطَوَّرَ ) berkembang/menjadi
maju.


*      BENTUK V (تَفَاعَلَ )
          REFLEKSIF DARIPADA USAHA / PERCUBAAN YANGG DIBUAT DALAM KK BENTUK II YG BERFUNGSI TRANSITIF.
Ex:  (باعدوه فتباعدوا ) mereka menjauhi/memencilkannya, maka ia pun menjauhkan diri/tersisih.
          IDEA / USAHA YANG DIUNGKAPKAN DALAM KK BENTUK III MENDPT TENTANGAN/SAMBUTAN DALAM KK BENTUK VI.
Ex: (قاتل ) berkelahi dlm erti cuba membunuh, menjadi ( تقاتلوا) mereka saling berkelahi/bunuh-membunuh.
          ADAKALANYA IA TIDAK MEMBAWA PENGERTIAN TIMBAL BALLIK.
Ex: ( تقاعَدَ) dia bersara
          MEMBERI MAKSUD BERPURA-PURA
Ex: ( تمارضَ) berpura-pura sakit, (تجاهلا ) buat-buat tak tahu, ( تعامى) pura-pura buta.
          MENDTGKAN ERTI BERTURUT
Ex: ( تساقطت الحجارةُ) batu jatuh/berguguran satu demi satu
          DIRUJUKKAN KHAS KEPADA ALLAH S.W.T.
Ex: ( تباركَ الله) Allah menjadikan Diri-Nya [menjadi dan melalui Diri-Nya] direstui/diberkati atau sempurna atas segala-galanya.

*      BENTUK VI (انفَعَلَ )
          MENUNJUKKAN MAKNA REFLEKSIF/PASIF YG ADA DLM BENTUK I
Ex: (كَسَرَ ) memecahkan, menjadi ( انكسر) menjadi pecah.
          MENYATAKAN BHW SESEORG ITU MEMBENARKAN SESUATU PERBUATAN DILAKUKAN KE ATASNYA ATAU SUATU TINDAKAN YG MEMBERI KESAN KP SESEORG.
Ex: (قاد ) memimpin, menjadi ( انقاد) mengizinkan dirinya dipimpin.
          REFLEKSIF KP KK BENTUK III
Ex: (أغلق ) mengunci, menjadi ( انغلق) terkunci.
          TIDAK PERNAH MEMBAWA MAKNA TIMBAL BALIK
Ex: ( قطع) memotong, menjadi انقطع   terpotong/terputus atau berakhir/tamat.
          SELALUNYA TAK TRANSITIF
Ex: ( صرف) memaling [muka/pandangan], menjadi (انصرف ) berpaling, berangkat, pergi.

*      BENTUK VII (افتعل )
          Refleksif dr bentuk I. Ex: ( غسل) membasuh, menjadi ( اغتسل) membasuh seseorang/mandi.
          Menunjukkan suatu fungsi yang sejalan/selari/sejajar dgn fungsi kk bentu VI, mendatangkan makna timbal balik pula. Ex: ( تشاغل) menggunakan seseorang/menjadi sibuk, menjadi ( اشتغل) menjadi sibuk/kesibukan.
          Boleh jadi transitif dan tak transitif. Ex: (فَرَقَ ) bentuk I, transitif (memisahkan ]sesuatu]) menjadi (افترق ) tak transitif ( terpisah/berpisah-pisahan).
          Bentuk I dan bentuk VIII mempunyai erti yang sama. Ex: ( خَطِفَ) membawa lari, merebut, merampas, menjadi ( اختطف) (makna yang sama).
          Boleh juga menunjukkan ragam pasif. Ex: (ربط ) mengikat, menjadi ( ارتبط) menjadi terikat/diikat.

*      BENTUK VIII ( افعلَّ)
         Menunjukkan warna atau kecacatan jasmani. Ex: (أصفرُ) kuning, menjadi (اصفَرَّ) menjadi/berwarna kuning; (أعْوَجُ)bengkok, menjadi (اعوَجَّ ) menjadi bengkok atau berliku-liku.
         Tidak mempunyai ragam pasif.
         Kata nama terbitan bentuk ini ialah ( افعلال). Ex: ازرقاقkebiruan.
         Boleh digunakan utk membentu perbandingan satu-satu warna atau kecacatan. Ex: (أشدُّ خضْرَةً ) atau ( أشدُّ اخضرارا) lebih hijau.


*      BENTUK IX ( استفعلَ)
         Mengubah makna faktitif dlm bentuk I, lalu menjadi refleksif yg disertai harapan. Ex: ( أخبَرَ) memberi khabar, menjadi استخبرَ) ) mohon/menjadi diketahui.
         Memberi erti permohonan atau permintaan dlm kk itu. Ex; ( حضَرَ) bentuk I – hadir, datang, menjadi ( استحضرَ) meminta seseorang datang.
         Menunjukkan makna kausatif. Ex: ( خرج) bentuk I – keluar, menjadi ( استخرجَ) meminta/menyuruh keluar atau mengeluarkan; mengusir.
  Menjadi denominatif dan dlm hal ini menggabungkan makna refleksif dan faktitif. Ex: (خليفة ) khalifah, menjadi ( استخلفَ) melantik seseorang sebagai pengganti/khalifah.
  Kaya dalam pengluasan makna yg pelbagai daripada akar kata yg tidak dpt dikelompokkan. Ex; ( عَمِلَ) bentuk I – berbuat; melakukan sesuatu, menjadi ( استعملَ) menggunakan.


Panjangkan bab ini..xpe..bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian..wassalam
    Created by akil

Tuesday, 10 February 2015

TUJUAN MENTERJEMAH( Created by amri)


ALHAMADULILLAH RABBIL A’ALAMIN.Bersyukur kita kehadhirat ilahi kerana dengan limpah kurnia serta inayahNya dapat dipertemukan dalam nikmat iman dan islam disamping melaksanakan kewajipan menuntut ilmu...syukur...

Firman Allah yang bermaksud :
“Hai manusia ,sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal .Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”

                                                                                                           Surah al-Hujrat (13)


    ü  Persoalannya?..

camana nak borak??hehe
Bagaimana kita nak melaksanakan perintah Allah agar berhubung dan berkomunikasi sedangkan bahasa kita  tidak sama?

   v  CITRA PENTERJEMAH
“Jika anda tidak pandai mengarang maka jadilah seorang penyunting dan jika anda tidak pandai mengarang dan menyunting, maka jadilah seorang penterjemah”


v  KENAPA MENTERJEMAH?!
1. Bukan semua orang dapat bercakap semua bahasa.
2. Berhubung / berkomunikasi
3. Memindahkan ilmu & teknologi.
4. Memindahkan budaya


v  MAKNA TERJEMAHAN
Kamus Dewan (1993); hlm 1351
Terjemah; menterjemah
 Memindahkan (karangan dll) daripada suatu  bahasa kepada bahasa yang lain, mengalihbahasakan.
*      Terjemahan
(a)    Hasil daripada menterjemahkan, yang (telah) diterjemahkan
(b)   Cara (gaya, kaedah dsb) menterjemah
*      Penterjemahan
Perihal (kerja, usaha dsb) menterjemahkan
Dari Sudut bahasa:
  1. Berasal drp kata Arab “tarjama, yutarjimu, tarjamah”.
  2. Qamus al-Muhit: الترجمة بمعنى توضيح وتفسير وتبيين 
  3. Lisan al-`Arab:ترجم الترجمان  
  4. AL-WASIT : التبيين والتوضيح
  5. Mu ،jam al-mustalahat al- ،Arabiyyah fi al-lughah wa al-adab (1984: 94) mentakrifkan terjemahan sebagai:
 إعادة كتابة موضوع معيّن بلغة غير اللغة التي كُتِبَ بها أصلا
(menulis semula sesuatu perkara / topik dengan bahasa yang bukan bahasa asalnya).
  1. MUHAMMAD AL-BAQIR AL-HAJ YA`QUB 2005: 5
” نقل الكلمة من لغة إلى أخرى ، أو تحويل نص مكتوب بلغة ما إلى نص مساو له بلغة أخرى ”
  1. Catford, J.C (1965) “A Linguitic Theory of Translation” :
The replacement of textual material in one language (Source Language) by equivalent textual material  in another language.
“Penggantian bahan teks dalam satu bahasa (BS) dengan bahan teks yang sepadan dalam bahasa lain (BT)”.
  1. Dalam The Theory and practice of translation, Nida dan Taber (1982:12) mentakrifkan  penterjemahan seperti yang berikut:
“Translating consists in reproducing in the receptor language the closest natural equivalent of the source language message, first in terms of meaning and secondly in terms of style”. 
Penterjemahan ialah mencipta semula di dalam bahasa penerima/sasaran persamaan terdekat yang semulajadi terhadap mesej bahasa sumber, pertama dari segi makna dan kedua dari segi gaya.
  1. Takrif yang dikutip daripada Bell (1991: 5):
“Translation is the expression in another language (or target language) of what has been expressed in another, source language, preserving semantic and stylistic equivalences”.
Terjemahan adalah ungkapan dalam bahasa lain (atau bahasa sasaran) terhadap  apa yang telah dinyatakan atau diungkapkan dalam bahasa asal/sumber, dengan memelihara padanan semantik dan juga padanan gaya.
  1. Levy (1967) mengatakan terjemahan ialah "... a creative process which always leaves the translator a freedom of choice between several approximately equivalent possibilities of realizing situational meaning."
satu proses kreatif yang sentiasa memberikan kebebasan kepada penterjemah untuk memilih (membuat pilihan) antara beberapa padanan yang sesuai digunakan bagi merealisasikan makna situasi.
  1. Larson 1993: 30
Translation, [then], consists of studying the lexicon, grammatical structure, communication situation, and cultural context of the source language text, analyzing it in order to determine its meaning, and then reconstructing this same meaning using the lexicon and grammatical structure which are appropriate in the receptor language and its cultural context.
Terjemahan terdiri daripada aktiviti mengkaji leksikon, struktur nahu, situasi komunikasi, dan konteks budaya teks bahasa sasaran, menganalisnya supaya maknanya ditentukan, dan kemudian membina semula makna ini dengan menggunakan leksikon dan struktur nahu yang sesuai dalam bahasa penerima dan konteks budayanya.
  1. Takrif yang dikemukakan oleh Safa’ Khalusi (2000: 14) berbunyi:
"الترجمةُ فَنٌّ جميلٌ يعني بنقلِ ألفاظٍ ومعانٍ وأساليب مِنْ لغةٍ إلى أخرى بحيثُ أنَّ الْمُتكلِّمَ باللغةِ الْمُترجِم إليه يتبينُ بوضوحٍ ويشعرُ بها بقوةٍ كما يتبينها ويشعرُ بها المتكلِّمُ باللغةِ الأصليَّةِ".

  
Sebagai Kesimpulan:
Terjemahan adalah satu proses pemindahan:
  1. Maklumat / Teks
  2. Makna
  3. Budaya
  4. Daripada bahasa sumber ke bahasa sasaran dengan
     menggunakan padanan yang sesuai.
Kupasan Definisi :
Teks:
Ø  Satuan bahasa yang paling lengkap
Ø  Bersifat abstrak
Ø  Wujud dalam tulisan dan lisan
Ø  Juga dipanggil wacana
Ø  Bahan yang akan diterjemahkan
Ø  Berupa kata, serangkaian kata-kata, frasa, klausa, ayat, perenggan.
Ø 
Padanan (equivalent / analogue):
§  Padanan formal
§  Padanan makna 
Ok.dah selesai satu topik..tapi ingat !!ada banyak lagi topik yang akan kita bicarakan . Harap semua yang mengikuti blog ini mendapat manfaat..wassalaamualaikum..

Created by amri

Wednesday, 4 February 2015

BERKENAAN DIRI KAMI DAN BLOG


Assalamualaikum.. Syukur kepada Allah .
اللهم صلي على سيدنا محمد 


Kita dapat bertemu lagi.jom kit baca sikit pasal  diri kami  dan  kenapa kami perlu buat blog hehehe
Nak baca tak.jom aaaa
 
 
Kami sekarang berada di semester 5. dalam subjek terjemahan arab-melayu- arab kami di beri beberapa tugasan.antaranya ,TIGA LATIHAN alhamdulilah selamat  submitTugasan seterusnya adalah membuat blog. setelah dibincangkan maka wujudlah group blog yang bernama terjemahanjamtigapagi yang di anggotai oleh tiga orang pelajar . 
 
 
ABDUL RAHMAN BIN ABDUL RANI (MAN), BEKERJA DI UiTM PUNCAK ALAM.
MD AKIL BIN MD SULBIDIN (AKIL)AHLI PERNIAGAAN 
KHAIRIL AMRI BIN MUHAMAD RAZHI (AMRI) BEKERJA DI JABATAN PENJARA
 
 
objektif penubuhan blog ini adalah merupakan tugasan wajib bagi subjek terjemahan arab-melayu- arab di samping perkongsian lain dari pada tuan-tuan dan puan yang mengunjungi blog kami.jadi apa lagi,,setelah baca blog ini, mohon daripada tuan puan untuk berkongsi maklumat berkenaan terjemaah.juga sekiranya didapati kesalahan yang didapati dalam blog ini tuan-puan bleh betulkan dan komen pada tempat yang disediakan.
 
 
Sebenarnya rasa best pula ada blogni. Dapat mengetahui banyak berkenaan perkembangan internet dan dapat tahu rupanya blok macamni.sebelumni dengar je orang ckp pasal blog dan blogger..terima kasih kepada Dr MAHERAM BT AHMAD diatas tunjuk ajar yang diberikan
 
 
 
ok sekian
assalamualaikum



disediakan oleh:
Abdul Rahman Abdul Rani